Thursday, February 20, 2020

7.0 PENUTUP

Kesimpulannya, walaupun Malaysia dikurniakan masyarakat yang berbilang kaum dan agama, Alhamdulillah negara kita Malaysia masih lagi mampu berdiri teguh, aman dan harmoni pada zaman yang serba moden ini. Hal ini kerana, rakyat Malaysia masih lagi mengamalkan kebanyakan pantang-larang yang telah diturunkan secara turun-temurun dari zaman nenek moyang lagi.Pantang larang tersebut boleh diguna pakai oleh kerana terdapat beberapa kebenaran yang tersembunyi didalam pantang larang tersebut. Selain itu, pantang larang tersebut juga dapat menjaga keaslian kaum-kaum di Malaysia serta menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik berbanding negara-negara lain. Hal ini sekali gus dapat menaikkan nama baik Malaysia di mata dunia. Namun, daripada aspek pergaulan pula, Malaysia kini berada pada tahap yang agak kritikal oleh kerana banyak pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sekali gus menyebabkan berlakunya penzinaan yang akhirnya menyebabkan kes pembuangan bayi, bunuh diri dan sebagainya. Hal ini kerana, mereka tidak lagi mengamalkan konsep pergaulan yang dianjurkan dalam Islam dimana Islam sangat menjaga kehormatan antara lelaki dan perempuan. Malah, agama-agama lain seperti Budha, Kristian dan Hindu juga turut mengajarkan amalan pergaulan yang baik, namun masih ramai rakyat Malaysia yang masih mengamalkan sikap "acuh tak acuh" dan langsung tidak mengendahkan apa yang diajar oleh agama mereka. Noktahnya, sebagai langkah penyelesaian bagi masalah ini, rakyat Malaysia haruslah mengutamakan agama dan menjadikan agama, khususnya agama Islam, sebagai cara hidup mereka. Islam adalah agama yang syumul dan sempurna, justeru itu, umat Islam harus berpegang teguh dengan ajaran Islam seperti mana yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W, "Berpeganglah kamu kepada dua perkara yakni Al-Quran dan As-Sunnah, nescaya kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya". 

No comments:

Post a Comment