Pantang larang merupakan kepercayaan mayarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Pantang larang adalah sesuatu perkara yang menyekat kita dari melakukan sesuatu kerana ada keburukan disebaliknya. Ia selalunya diamalkan oleh orang-orang tua dikalangan masyarakat Melayu, Cina dan India. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun kemurun. Pentingnya pantang larang sebagai adat yang perlu dipatuhi jelas diungkapkan melalui pepatah “biar mati anak, jangan mati adat.”
Pantang larang yang dikenakan oleh orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan. Sebahagian Pantang larang sudah menjadi amalan atau prinsip dalam kehidupan hari ini.
Segala pantang larang sebenarnya diperturunkan untuk kebaikan kaum itu sendiri seperti pantang larang semasa perkahwinan, perayaan dan juga semasa mengandung.Sebenarnya pantang larang yang diturunkan oleh nenek moyang mementingkan penjagaan kesihatan diri agar seseorang sentiasa sihat dan cergas.
Walaupun kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India mempunyai pantang larang semasa perkahwinan, perayaan dan juga mengandung tetapi pantang larang yang diamalkan oleh kaum-kaum tersebut adalah berbeza.Inilah yang menunjukkan Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum.
Pantang larang yang dikenakan oleh orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan. Sebahagian Pantang larang sudah menjadi amalan atau prinsip dalam kehidupan hari ini.
Segala pantang larang sebenarnya diperturunkan untuk kebaikan kaum itu sendiri seperti pantang larang semasa perkahwinan, perayaan dan juga semasa mengandung.Sebenarnya pantang larang yang diturunkan oleh nenek moyang mementingkan penjagaan kesihatan diri agar seseorang sentiasa sihat dan cergas.
Walaupun kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India mempunyai pantang larang semasa perkahwinan, perayaan dan juga mengandung tetapi pantang larang yang diamalkan oleh kaum-kaum tersebut adalah berbeza.Inilah yang menunjukkan Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum.
5.1 PANTANG LARANG PERKAHWINAN KAUM MELAYU
Pantang larang bermula dengan jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
Selain itu, pasangan dilarang bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat buruk. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelbagai mengelakkan perut buncit. Pengantin juga dilarang bercermin terutama selepas Maghrib ke atas bagi mengelakkan diri dari perkara sihir. Pasangan juga dilarang membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kerana ia boleh melemahkan organ seks.
Pasangan perlu elakkan diri daripada terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan. Elakkan juga keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin akan mengalami kemalangan jika berada diluar. Orang-orang tua melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang .Pantang larang perlu dipatuhi untuk mengelakkan berlaku sesuatu kejadian yang tidak baik.
PANTANG LARANG HARI RAYA AIDILFITRI DAN HARI RAYA AIDILADHA
Hari Raya Aidilfitri.
- Dilarang membazir dan berbelanja lebih-lebihan untuk menyambutnya. Selaras dengan tuntutan agama Islam itu sendiri.
- Memakai pakaian bersih, cantik dan juga wangi-wangian.
- Umat Islam yang kehilangan saudara mara Akan menziarahi pusara mereka dan menghadiahkan surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yasin.
- Berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka bermaaf-maafan dan melupakan kisah silam yang lampau.
- Memasang pelita di waktu malam untuk menyambut malam tujuh likur.
- Pemberian wang kepada kanak-kanak oleh orang dewasa.
- Mengadakan rumah terbuka ataupun berkunjung ke rumah terbuka yang diadakan.
- Membuat dan menghidangkan juadah wajib seperti ketupat, lemang, rendang dan berbagai-bagai jenis makanan.
Hari Raya Aidiladha.
- Melakukan ibadah korban sebelum dibahagi-bahagikan daging korban kepada fakir miskin dan juga orang ramai.
- Mengenakan pakaian bersih, cantik dan memakai wangi-wangian.
- Melawati kubur-kubur sanak saudara dan sahabat handai yang telah pergi.
- Disambut dengan adab kunjung mengunjung dan rumah terbuka.
5.2 Tahun Baru Cina
Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka. Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalendar mereka iaitu tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap binatang ini memberi signifikan dan tuahnya tersendiri.
Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul beramai-ramai untuk makan bersama. Tujuannya adalah untuk mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga. Ahli kelurga yang telah berumahtangga akan memberi ‘angpau’ kepada saudara mara dan sahabat yang belum berumahtangga. ‘Angpau’ membawa pengertian kesejahteraan yang berpanjangan, ianya sejenis sampul berwarna merah dan diisi dengan sejumlah wang. Buah limau mandarin dan kuih bakul merupakan kemestian yang perlu ada semasa merayakan Tahun Baru Cina.
Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung, tarian singa dimainkan dari rumah ke rumah dan kedai-kedai untuk memberi berkat kepada mereka yang meraikan perayaan tersebut. Penutup kepada perayaan Tahun baru Cina ialah perayaan Chap Goh Meh.
Pantang Larang Tahun Baru Cina
Walaupun kehidupan kini yang serba moden, adat resam ini masih dikekalkan dan tetap diamalkan sehingga kini. Malah, kebanyakan remaja Cina masih mempercayai dan mengamalkan adat berkenaan supaya ia dapat dipertahankan sepanjang zaman. Seperti dengan kaum-kaum lain, bangsa cina mempunyai beberapa pantang larang sempena perayaan Tahun Baru Cina.
Pantang larang yang amat diutamakan bagi kaum cina ialah orang Cina mempercayai bahawa mereka tidak boleh menyapu rumah pada hari raya pertama kerana menganggap ia boleh membuang segala keuntungan atau “ong” yang ada.
Selain itu, masyarakat Cina turut percaya bahawa mereka akan ditimpa malang jika pinggan mangkuk yang digunakan pada hari sambutan itu telah pecah. Oleh itu, mereka akan pastikan sentiasa berhati-hati ketika melakukan kerja rumah.
Acara makan beramai-ramai pada waktu malam sehari sebelum hari Tahun Baru Cina paling dinantikan kerana ia dapat memperlihatkan perpaduan dan keakraban sesebuah keluarga yang dapat bersama-sama berkumpul bagi merayakannya. Biasanya bagi orang tua, mereka rasa bahawa walau sesibuk manapun individu terbabit dengan pelajaran, kerjaya, perniagaan ataupun urusan seharian mereka, sambutan acara ini tidak boleh dilepaskan.
Perkataan yang tidak sopan dan bermakna buruk tidak digalak sempena perayaan Tahun Baru Cina. Antaranya ialah seperti perkataan mati, hantu ataupun cakap kotor amat dielakkan pada waktu raya. Kaum cina mempercayai bahawa ini akan membawa nasib buruk sepanjang tahun tersebut.
Sungguhpun kini kebanyakan remaja tidak lagi memakai pakaian tradisional seperti dulu, ini tidak bermakna segala tradisi turut dilupakan. Mereka masih mengenakan pakaian berwarna merah dan mengelakkan pemakaian bewarna hitam kerana beranggapan ketika menyambut sesuatu perayaan, kita perlu kelihatan ceria. Warna hitam akan membawa nasib buruk bagi orang cina.
Selain itu, pemberian angpau masih tetap diamalkan iaitu bagi pasangan yang sudah berkahwin mereka perlu memberikan angpau kepada kanak-kanak dan mereka yang belum berkahwin. Malah, sekiranya individu berkenaan sudah lanjut usia, tetapi masih belum berkahwin, dia tetap akan mendapat pemberian angpau. Sama ada dia menerimanya ataupun tidak, bergantung kepada individu-individu.
Kewujudan pantang-larang boleh dikatakan adalah untuk membimbing perlakuan supaya tidak termasuk dalam kategori masyarakat tidak beradab. walaupun zaman semakin moden berbanding dengan dahulu, perayaan, adat resam dan pantang-larang yang diperturunkan tidak boleh dipandang rendah. Adat resam yang diperturunkan patut dikekalkan dan diberitahu kepada generasi yang akan datang.
Pantang larang Perkahwinan Orang Cina
1. Bakal pengantin tidak digalakkan untuk menghadiri majlis kebumian selama tiga bulan sebelum dan selepas majlis perkhawinan.
2. Hiasan dalam majlis perkhawinan tidak digalak untuk menggunakan warna putih, biru tua, hitam dan hijau.
3. Dalam bilik tidur bakal pengantin baru, katil, meja dan almari perlu diletakkan dalam kedudukan yang biasa dan bukannya sudut bilik.
4. Nombor genap sering digunakan dalam majlis perkhawinan. Menurut keparcayaan orang cina, majlis perkhawinan yang tidak mengikut protokol yang ditetapkan adalah perkhawinan yang tidak sah.
Pantang Larang ibu Cina Semasa mengandung.
1.Dilarang makan daging arnab
Jika makan, bayi yang dilahirkan akan mempunyai bibir arnab.
2. Dilarang makan daging anjing.
Jika makan, bayi yang dilahirkan akan suka mengigit orang, terutamanya masa menyusui bayi.
3. Dilarang makan daging ayam jantan.
Barulah bayi tidak menangis pada tengah malam.4. Dilarang makan ketam.
Barulah bayi tidak asyik mengeluarkan air liur.5. Dilarang makan makanan yang bersifat sejuk seperti ais-krim, tembikai.
Kemungkinan membawa kepada masalah keguguran bayi.6. Dilarang mengambil gunting atau penyepit kuku
Bayi yang dilahirkan akan mengalami kecacatan.7. Dilarang mengangkat tangan melebihi paras bahu.
Ibu tidak mudah mengimbangi diri.8. Dilarang tepuk bahu ibu.
Ibu mudah terkejut dan mengakibatkan keguguran bayi.5.3 PANTANG LARANG SEMASA PEKAHWINAN ORANG INDIA
Perkahwinan kaum India di Malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu Tamil tirumanam, eliyat tirumanam dan vaitiikat tirumanam. Terdapat banyak adat dan pantang larang perlu diikut oleh kaum India semasa perkahwinan.
Pantang larang semasa merisik adalah bakal pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika rombongan bakal pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang ikut serta kerana dianggap tidak sopan.
Selain itu, sebelum majlis perkahwinan berlangsung, kad jemputan perlu disediakan dan dibuat berdasarkan almanak Hindu tanpa kesilapan, jika terdapat kesilapan bermakna perkahwinan tersebut Akan tidak dapat dijalankan dengan lancar.
Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil, maka hanya sayur-sayuran boleh dihidangkan kepada para tetamu dan makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya daging lembu, kerana agama Hindu melarang makan daging lembu.
Kesimpulannya, pada zaman moden sekarang ramai kaum India juga terus mematuhi adat dan pantang larang yang diwarisi oleh nenek moyang kerana keadaan ini membuktikan tradisional budaya dan unik terhadap kaum India.
Selain itu, sebelum majlis perkahwinan berlangsung, kad jemputan perlu disediakan dan dibuat berdasarkan almanak Hindu tanpa kesilapan, jika terdapat kesilapan bermakna perkahwinan tersebut Akan tidak dapat dijalankan dengan lancar.
Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil, maka hanya sayur-sayuran boleh dihidangkan kepada para tetamu dan makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya daging lembu, kerana agama Hindu melarang makan daging lembu.
Kesimpulannya, pada zaman moden sekarang ramai kaum India juga terus mematuhi adat dan pantang larang yang diwarisi oleh nenek moyang kerana keadaan ini membuktikan tradisional budaya dan unik terhadap kaum India.
Pantang Larang Semasa Deepavali
Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut Hindu di seluruh dunia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan “Dipa” yang bererti cahaya dan perkataan “Gavali” yang bererti barisan. Perayaan ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November). Perayaan ini juga dikenali sebagai pesta cahaya. Cahaya bermaksud ‘harapan’, ‘kemenangan’ dan ‘kebahagian’.
Pada petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan malam bersama dengan pelbagai jenis makanan hidangan tradisi kaum India. Pada waktu malam pula diadakan upacara mesti memasang pelita oleh seluruh ahli keluarga. Pelita yang dipasang dipercayai bahawa kecerahan dapat mengatasi segala kejahatan. Terdapat juga upacara menyusun beras atau hampas kepala yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu. Upacara ini membawa maksud yang mendalam kepada semua penganut Hindu termasuk makluk kecil di dunia ini, misalnya semut sebagai tanda ucap selamat datang kepada para tetamu.
Pada pagi perayaan, seluruh ahli keluarga perlu bangun pagi sebelum matahari terbit untuk mandi dan membersihkan diri. Mereka perlu mandi dengan minyak bijan yang akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek. Mengikut kepercayaan kaum India, mandi minyak bijan diibarat mandi di Sungai Ganges untuk tujuan membersihkan diri dari segala kejahatan dan sifat dengki.
Selepas mandi, pakaian yang dipakai mestilah warna yang garang seperti merah, biru dan Oren. Mereka dilarang berpakai pakaian yang berwarna hitam atau putih yang lebih bermaksud kesedihan. Selepas itu barulah bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Upacara sembahyang dijalankan di kuil bagi mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia.
No comments:
Post a Comment