1. Mengamalkan sikap perpaduan dalam perhubungan
Perpaduan merupakan isu yang boleh dilihat dari pelbagai dimensi. Peranannya merangkumi sistem nilai, psikologi, perasaan, sikap, pemikiran dan tingkah-laku setiap individu. Faktor agama pula bertindak sebagai pencorak dalam mengaplikasikan unsur-unsur tersebut dalam kehidupan masyarakat
2. Mengamalkan toleransi dalam pergaulan.
Toleransi merupakan amalan dan persiapan masyarakat Malaysia untuk bersedia hidup bersama dalam keadaan aman damai. Toleransi dalam konteks bangsa dan agama bererti setiap ahli masyarakat berhak untuk menjalankan aktiviti kehidupan seharian, dan melaksanakan ajaran agama masing-masing serta mengamalkannya tanpa halangan. Semua penganut agama di sisi undang-undang Negara adalah sama.
3. Menyemai pergaualan dengan persefahaman dan sifat hormat-menghormati
Masyarakat majmuk di Malaysia mempunyai pelbagai adat dan budaya yang tersendiri. Kepelbagaian adat dan budaya ini menjadikan Malaysia menjadi Negara yang istimewa sama ada dari aspek berpakaian, makanan, pantang –larang dan cara hidup serta amalan keagamaan. Oleh itu, bagi memastikan kepelbagaian ini dapat dilangsungkan dengan murni dan bebas, setiap kaum dan bangsa perlu kepada saling memahami keperluan masing-masing.
Persefahaman dalam masyarakat Malaysia yang terdiri dari berbilang bangsa dan agama ini adalah penting untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan kaum. Sensitiviti setiap agama dan bangsa perlu didedahkan agar masing-masing faham-memahami tuntutan agama masing-masing dan pantang larang adat kaum masing-masing. Pendedahan ini boleh dilakukan melalui sistem pendidikan, media dan berdialog mengikut batas-batas yang tertentu
No comments:
Post a Comment