Thursday, February 20, 2020

Pengenalan

Tuhan mencipta manusia lelaki dan perempuan. Tuhan juga mencipta syariat untuk mereka. Dalam syariat islam, ada sesetengah hukum dan peraturan berbeza diantara lelaki dan perempuan dan ada yang tidak berbeza. Dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing kadangkala berlaku pergaulan dia antara lelaki dan perempuan, lebih-lebih lagi dalam masyarakat kini. Islam juga tidak melarang umatnya berurusan sesama manusia, lelaki dan perempuan namun perlu diingatkan bahawa ada garis panduan syarak dalam setiap perkara.

Pantang larang merupakan kepercayaan masyarakat zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Pantang larang adalah sesuatu perkara yang menyekat kita dari melakukan sesuatu kerana ada keburukan disebaliknya. Pantang larang selalunya diamalkan oleh orang-orang tua dalam kalangan masyarakat Melayu, Cina dan India. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun temurun. Ini bertujuan untuk mendidik masyarakat khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan dalam kehidupan.



Menurut kamus dewan, sosiobudaya bermaksud hubungan masyarakat dengan budaya seperti cara hidup dan adat istiadat dan sebagainya.  Oleh yang demikian, kepelbagaian sosiobudaya boleh didefinisikan sebagai hubungan masyarakat yang mempunyai perbezaan budaya dalam wilayah yang sama dan hidup bersama. Islam turut mempunyai takrif tersendiri mengenai sosiobudaya ini. Sosiobudaya menurut islam ialah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban sesuatu masyarakat yang lahir dari akidah dan petunjuk Islam, bersangkutan dengan akhlak dan pergaulan masyarakat itu dalam berbagai bidang penghidupan mereka, bagi meransang pembangunan masyarakat berkenaan menurut yang diredhai oleh Tuhan.

1.0 KONSEP BATAS PERGAULAN

Manusia merupakan makhluk sosial yang diciptakan oleh Allah SWT. Allah SWT menciptakan manusia sedemikian rupa, manusia juga merupakan makhluk yang paling sempurna diantara ciptaan Allah SWT yang lainnya, Allah menciptakan manusia begitu sempurna kerana manusia merupakan khalifah di muka bumi ini. Ada dua jenis manusia yang diciptakan oleh Allah SWT, iaitu lelaki dan perempuan. Firman Allah SWT dalam Al-qur’an surah Al-Hujurat ayat 13 :



“Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”.




Allah berfirman bahwa Ia menciptakan manusia berbangsa – bangsa dan bersuku-suku agar saling mengenali. Ertinya, Allah swt memerintahkan manusia untuk bersosial dan saling bergaul satu dengan yang lainnya. Allah SWT juga menjelaskan di dalam ayat ini bahwa manusia diciptakan berbeza-beza dari berbagai suku dan bangsa, dan Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dengan apa yang dimiliki orang tersebut kerana sesungguhnya yang paling mulia dihadapan Allah SWT adalah orang yang paling bertakwa.

Pergaulan merupakan suatu fitrah bagi manusia kerana sesungguhnya manusia merupakan makhluk sosial. Manusia juga memiliki sifat tolong-menolong dan saling memerlukan antara satu sama lain. Namun, di zaman sekarang ini banyak remaja yang terjerumus dalam lembah kemaksiatan akibat salah pergaulan. Hal ini dapat terjadi disebabkan berlakunya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan tanpa mengikuti batas adab pergaulan dalam Islam.

Didalam Al-qur’an telah dijelaskan hubungan antara lelaki dan perempuan, hubungan sesama jenis, hubungan antara anak dan kedua ibu bapa, hubungan antara muslim dan bukan muslim serta yang lain-lain.  Namun bagi mereka yang baru saja mengetahui peraturan ini cenderung merasa tertekan kerana pergaulan dalam Islam begitu kaku dan tidak seperti pergaulan yang umum ditemui di masyarakat.

2.0 BATAS PERGAULAN DAN PANTANG LARANG SETIAP KAUM DARI SUDUT SOSIAL BUDAYA DAN AGAMA DI MALAYSIA

Penduduk Malaysia terdiri dari pelbagai bangsa. Jumlah penduduk anggaran tahun 2016 ialah 31.07 juta, yang terdiri dari kaum Melayu 68.6%, kaum Cina 23.4%, kaum India 7% serta lain-lain 1%.
Malaysia sebuah negara yang penduduknya terdiri dari pelbagai kebudayaan. Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah berasaskan kebudayaan orang-orang Melayu sebagai rakyat asal rantau ini. Melayu itu sendiri berteraskan ajaran agama Islam. Kebudayaan orang Melayu mengutamakan nilai-nilai sopan-santun, kesederhanaan, keindahan dan keharmonian hidup antara ahli-ahli keluarga, jiran tetangga dan masyarakat. Sikap tolak ansur antara kaum juga menjadi pegangan. Semua bentuk kebudayaan serta agama-agama lain adalah sentiasa dihormati. Sambutan hari-hari perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Thaipusam dan lain-lain dianggap sebagai perayaan penting.


2.2 AGAMA


Malaysia terdiri dari penduduknya yang berbagai keturunan dan menganuti berbagai agama, khususnya agama Islam, Buddha, Hindu, di samping lain-lain sistem kepercayaan yang diamalkan oleh berbagai kumpulan etnik yang terdapat di negara ini. Di bawah Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi di Malaysia, sementara agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan bebas.

2.2.1. Islam

Bagi umat Islam, tiga perayaan utama diraikan, iaitu Hari Raya Puasa (Aidilfitri), Hari Raya Haji (Aidiladha) dan Maulidul Rasul. Hari Raya Puasa diraikan bagi menandakan berakhirnya sebulan berpuasa pada bulan Ramadan. Hari Raya Haji (Aidiladha) dirayakan pada hari ke-10 bulan Zulhijjah (bulan Islam) ketika umat Islam yang mengerjakan ibadat Haji di Mekah berada di peringkat akhir ibadah mereka. Pada pagi hari tersebut umat Islam menunaikan sembahyang Hari Raya Aidiladha di masjid-masjid. Mereka yang berkemampuan akan mengerjakan ibadat korban. Perayaan Maulidur Rasul pada bulan Rabiulawal, dirayakan bagi memperingati perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. Acara-acara seperti perhimpunan, syarahan dan bacaan berzanji biasanya diadakan.


2.2.2. Buddha

Bagi para penganut agama Buddha, bulan Mei menandakan tibanya Hari Wesak sebagai memperingati tiga peristiwa penting di dalam hidup Buddha, iaitu hari keputeraannya, hari mencapai kemantapan fikirannya dan juga hari kemangkatannya. Di perayaan tersebut, upacara-upacara bersembahyang dan perarakan diadakan.


2.2.3. Hindu

Bagi penganut agama Hindu, Deepavali atau perayaan Cahaya pada bulan Aippasi mengikut kalendar keturunan Tamil (OktoberNovember) merupakan masa untuk kaum keluarga dan sanak-saudara bergembira. la menandakan kemenangan, kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Perayaan bermula dengan upacara sembahyang dan diikuti dengan kunjungan ke rumah sanak saudara. Di waktu malam, pelita-pelita dipasang untuk memeriahkan lagi perayaan. Para penganut agama Hindu di Malaysia juga merayakan Hari Thaipusam pada bulan Januari sebagai penghormatan kepada Dewa Muruga. Di perayaan tersebutlah, Batu Caves yang terletak di Kuala Lumpur menjadi tumpuan para penganut yang membawa persembahan-persembahan di atas kavadi untuk dipersembahkan kepada dewa tersebut.

3.0 ADAB– ADAB PERGAULAN DALAM ISLAM

Pertama, hendaknya setiap muslim menjaga pandangan matanya dari melihat lawan jenis secara berlebihan. Dengan kata lain hendaknya dihindarkan berpandangan mata secara bebas. Perhatikanlah firman Allah berikut ini:


“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat” 

(Surah An-Nuur ayat 30)




Awal dorongan syahwat adalah dengan melihat. Maka jagalah kedua biji mata ini agar terhindar dari tipu daya syaitan. Tentang hal ini Rasulullah bersabda, “Wahai Ali, janganlah engkau iringkan satu pandangan (kepada wanita yang bukan mahram) dengan pandangan lain, karena pandangan yang pertama itu (halal) bagimu, tetapi tidak yang kedua!” (HR. Abu Daud).

Kedua, hendaknya setiap muslim menjaga auratnya masing-masing dengan cara berpakaian menutup aurat agar terhindar dari fitnah. Secara khusus bagi wanita Allah SWT berfirman,


"Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya." 



(Surah An-Nuur ayat 31).

4.0 JENIS-JENIS PERGAULAN

4.1. Pergaulan Seorang Muslim dengan bukan Muslim


Dalam perkara-perkara umum (sosial) kita tetap menjalin hubungan yang baik dengan bukan muslim sekalipun. Contoh baik: Nabi berdiri ketika iring-iringan jenazah bukan muslim melewati beliau. Kita perlu tahu bahwa ada tiga jenis bukan muslim yaitu kafir harbi, kafir dzimmi, dan kafir mu’aahad. Masing-masing mendapat perlakuan yang berbeza. Dalam masalah aqidah dan ‘ubudiyah, kita tegas terhadap bukan muslim, contohnya: kita tidak mengucapkan dan menjawab salam kepada mereka, tidak mengikuti ritual ibadah mereka, dan semacamnya.


4.2. Pergaulan Sesama Muslim


Sesama muslim adalah bersaudara, seperti tubuh yang satu dan seperti satu bangunan yang kukuh.Pergaulan sesama muslim dibaluti dengan ukhuwah islamiyah.

Ada banyak hak saudara kita atas diri kita, diantaranya sebagaimana dalam hadis Nabi iaitu jika diberi salam hendaknya menjawab, jika ada yang bersin hendaknya kita doakan, jika diundang hendaklah menghadirinya, jika ada yang sakit hendaknya kita melawatnya, jika ada yang meninggal hendaknya kita solatkan dan kita hantar ke pemakamannya (tanah perkuburan), dan jika diminta nasihat hendaknya kita memberikannya. Selain itu, sesama muslim juga tidak saling meng-ghibah, tidak memfitnahnya, tidak menyebarkan aibnya, berusaha membantu dan meringankan bebannya, dan sebagainya.


4.3. Pergaulan dengan kedua ibu bapa dan Keluarga


Bersikap santun dan lemah lembut kepada ibu dan bapa, terutama jika telah berusia. Jangan berkata ‘ah’ kepada keduanya. Terhadap keluarga, hendaknya kita sentiasa saling mengingatkan untuk tetap taat kepada ajaran Islam. Sebagaimana Nabi telah melakukannya kepada Ahlu Bait. Dan Allah berfirman:



"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." 

(Surah At-tahrim ayat 6)


4.4. Pergaulan dengan Tetangga


Tetangga harus kita hormati. Misalnya dengan tidak menzalimi, menyakiti dan mengganggunya, dengan membantunya, dengan meminjamkannya sesuatu yang diperlukan, memberikan sedikit bahagian masakan kita kepadanya.


4.5. Menjaga perkataan dan mengawal perbualan


"Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan Yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. oleh itu janganlah kamu berkata-kata Dengan lembut manja (semasa bercakap Dengan lelaki asing) kerana Yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang Yang ada penyakit Dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah Dengan kata-kata Yang baik (sesuai dan sopan)."

 (Surah Al-Ahzaab : 32).


Melunakkan suara berbeza dengan merendahkan suara. Lunak diharamkan, manakala merendahkan suara adalah dituntut. Merendahkan suara bermakna kita berkata-kata dengan suara yang lembut, tidak keras, tidak meninggi diri, sopan dan sesuai didengar oleh orang lain. Ini amat bertepatan dan sesuai dengan nasihat Luqman AL-Hakim kepada anaknya yang berbunyi :

 “Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai” 

(Surah Luqman : ayat 19)


Penggunaan perkataan yang baik ini perlu dipraktikkan sama ada melalui perbualan secara langsung tidak langsung , contohnya melalui SMS, WhatsApp ataupun apa yang ditulis di dalam Facebook kerana ia menggambarkan keperibadian penuturnya.

4.6. Mengawal perhiasan


“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah yang pertama dahulu; dan dirikanlah solat serta berilah zakat: dan taatlah kamu kepada Allah dan rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – wahai “ahl al-bait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya(dari segala perkara yang keji)” 

(surah Al-ahzab ayat 33).

5.0 PANTANG LARANG DALAM AGAMA DAN BUDAYA

Pantang larang merupakan kepercayaan mayarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Pantang larang adalah sesuatu perkara yang menyekat kita dari melakukan sesuatu kerana ada keburukan disebaliknya. Ia selalunya diamalkan oleh orang-orang tua dikalangan masyarakat Melayu, Cina dan India. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun kemurun. Pentingnya pantang larang sebagai adat yang perlu dipatuhi jelas diungkapkan melalui pepatah “biar mati anak, jangan mati adat.”

Pantang larang yang dikenakan oleh orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan. Sebahagian Pantang larang sudah menjadi amalan atau prinsip dalam kehidupan hari ini.

Segala pantang larang sebenarnya diperturunkan untuk kebaikan kaum itu sendiri seperti pantang larang semasa perkahwinan, perayaan dan juga semasa mengandung.Sebenarnya pantang larang yang diturunkan oleh nenek moyang mementingkan penjagaan kesihatan diri agar seseorang sentiasa sihat dan cergas.

Walaupun kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India mempunyai pantang larang semasa perkahwinan, perayaan dan juga mengandung tetapi pantang larang yang diamalkan oleh kaum-kaum tersebut adalah berbeza.Inilah yang menunjukkan Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. 



 5.1 PANTANG LARANG PERKAHWINAN KAUM MELAYU


Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yang ditetapkan harus diikuti untuk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjadi kewajipan tetapi sudah menjadi Satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.

Pantang larang bermula dengan jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

Selain itu, pasangan dilarang bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat buruk. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelbagai mengelakkan perut buncit. Pengantin juga dilarang bercermin terutama selepas Maghrib ke atas bagi mengelakkan diri dari perkara sihir. Pasangan juga dilarang membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kerana ia boleh melemahkan organ seks.

Pasangan perlu elakkan diri daripada terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan. Elakkan juga keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin akan mengalami kemalangan jika berada diluar. Orang-orang tua melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang .Pantang larang perlu dipatuhi untuk mengelakkan berlaku sesuatu kejadian yang tidak baik.

PANTANG LARANG HARI RAYA AIDILFITRI DAN HARI RAYA AIDILADHA

Hari Raya Aidilfitri.

  1.  Dilarang membazir dan berbelanja lebih-lebihan untuk menyambutnya. Selaras dengan tuntutan agama Islam itu sendiri.
  2.  Memakai pakaian bersih, cantik dan juga wangi-wangian.
  3.  Umat Islam yang kehilangan saudara mara Akan menziarahi pusara mereka dan menghadiahkan surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yasin.
  4.  Berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka bermaaf-maafan dan melupakan kisah silam yang lampau.
  5.  Memasang pelita di waktu malam untuk menyambut malam tujuh likur.
  6.  Pemberian wang kepada kanak-kanak oleh orang dewasa.
  7.  Mengadakan rumah terbuka ataupun berkunjung ke rumah terbuka yang diadakan.
  8.  Membuat dan menghidangkan juadah wajib seperti ketupat, lemang, rendang dan berbagai-bagai jenis makanan.


Hari Raya Aidiladha.

  1. Melakukan ibadah korban sebelum dibahagi-bahagikan daging korban kepada fakir miskin dan juga orang ramai.
  2. Mengenakan pakaian bersih, cantik dan memakai wangi-wangian.
  3. Melawati kubur-kubur sanak saudara dan sahabat handai yang telah pergi.
  4. Disambut dengan adab kunjung mengunjung dan rumah terbuka.



5.2 Tahun Baru Cina



Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka. Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalendar mereka iaitu tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap binatang ini memberi signifikan dan tuahnya tersendiri.

Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul beramai-ramai untuk makan bersama. Tujuannya adalah untuk mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga. Ahli kelurga yang telah berumahtangga akan memberi ‘angpau’ kepada saudara mara dan sahabat yang belum berumahtangga. ‘Angpau’ membawa pengertian kesejahteraan yang berpanjangan, ianya sejenis sampul berwarna merah dan diisi dengan sejumlah wang. Buah limau mandarin dan kuih bakul merupakan kemestian yang perlu ada semasa merayakan Tahun Baru Cina.

Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung, tarian singa dimainkan dari rumah ke rumah dan kedai-kedai untuk memberi berkat kepada mereka yang meraikan perayaan tersebut. Penutup kepada perayaan Tahun baru Cina ialah perayaan Chap Goh Meh.



Pantang Larang Tahun Baru Cina


   

Walaupun kehidupan kini yang serba moden, adat resam ini masih dikekalkan dan tetap diamalkan sehingga kini. Malah, kebanyakan remaja Cina masih mempercayai dan mengamalkan adat berkenaan supaya ia dapat dipertahankan sepanjang zaman. Seperti dengan kaum-kaum lain, bangsa cina mempunyai beberapa pantang larang sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Pantang larang yang amat diutamakan bagi kaum cina ialah orang Cina mempercayai bahawa mereka tidak boleh menyapu rumah pada hari raya pertama kerana menganggap ia boleh membuang segala keuntungan atau “ong” yang ada.

Selain itu, masyarakat Cina turut percaya bahawa mereka akan ditimpa malang jika pinggan mangkuk yang digunakan pada hari sambutan itu telah pecah. Oleh itu, mereka akan pastikan sentiasa berhati-hati ketika melakukan kerja rumah.

Acara makan beramai-ramai pada waktu malam sehari sebelum hari Tahun Baru Cina paling dinantikan kerana ia dapat memperlihatkan perpaduan dan keakraban sesebuah keluarga yang dapat bersama-sama berkumpul bagi merayakannya. Biasanya bagi orang tua, mereka rasa bahawa walau sesibuk manapun individu terbabit dengan pelajaran, kerjaya, perniagaan ataupun urusan seharian mereka, sambutan acara ini tidak boleh dilepaskan.

Perkataan yang tidak sopan dan bermakna buruk tidak digalak sempena perayaan Tahun Baru Cina. Antaranya ialah seperti perkataan mati, hantu ataupun cakap kotor amat dielakkan pada waktu raya. Kaum cina mempercayai bahawa ini akan membawa nasib buruk sepanjang tahun tersebut.

Sungguhpun kini kebanyakan remaja tidak lagi memakai pakaian tradisional seperti dulu, ini tidak bermakna segala tradisi turut dilupakan. Mereka masih mengenakan pakaian berwarna merah dan mengelakkan pemakaian bewarna hitam kerana beranggapan ketika menyambut sesuatu perayaan, kita perlu kelihatan ceria. Warna hitam akan membawa nasib buruk bagi orang cina.

Selain itu, pemberian angpau masih tetap diamalkan iaitu bagi pasangan yang sudah berkahwin mereka perlu memberikan angpau kepada kanak-kanak dan mereka yang belum berkahwin. Malah, sekiranya individu berkenaan sudah lanjut usia, tetapi masih belum berkahwin, dia tetap akan mendapat pemberian angpau. Sama ada dia menerimanya ataupun tidak, bergantung kepada individu-individu.

Kewujudan pantang-larang boleh dikatakan adalah untuk membimbing perlakuan supaya tidak termasuk dalam kategori masyarakat tidak beradab. walaupun zaman semakin moden berbanding dengan dahulu, perayaan, adat resam dan pantang-larang yang diperturunkan tidak boleh dipandang rendah. Adat resam yang diperturunkan patut dikekalkan dan diberitahu kepada generasi yang akan datang.






Pantang larang Perkahwinan Orang Cina


1. Bakal pengantin tidak digalakkan untuk menghadiri majlis kebumian selama tiga bulan sebelum dan selepas majlis perkhawinan.
2. Hiasan dalam majlis perkhawinan tidak digalak untuk menggunakan warna putih, biru tua, hitam dan hijau.
3. Dalam bilik tidur bakal pengantin baru, katil, meja dan almari perlu diletakkan dalam kedudukan yang biasa dan bukannya sudut bilik.
4. Nombor genap sering digunakan dalam majlis perkhawinan. Menurut keparcayaan orang cina, majlis perkhawinan yang tidak mengikut protokol yang ditetapkan adalah perkhawinan yang tidak sah.

Pantang Larang ibu Cina Semasa mengandung.


1.Dilarang makan daging arnab

Jika makan, bayi yang dilahirkan akan mempunyai bibir arnab.


2. Dilarang makan daging anjing.

Jika makan, bayi yang dilahirkan akan suka mengigit orang, terutamanya masa menyusui bayi.

3. Dilarang makan daging ayam jantan.

Barulah bayi tidak menangis pada tengah malam.

4. Dilarang makan ketam.

Barulah bayi tidak asyik mengeluarkan air liur.

5. Dilarang makan makanan yang bersifat sejuk seperti ais-krim, tembikai.

Kemungkinan membawa kepada masalah keguguran bayi.

6. Dilarang mengambil gunting atau penyepit kuku

Bayi yang dilahirkan akan mengalami kecacatan.

7. Dilarang mengangkat tangan melebihi paras bahu.

Ibu tidak mudah mengimbangi diri.

8. Dilarang tepuk bahu ibu.

Ibu mudah terkejut dan mengakibatkan keguguran bayi.





5.3 PANTANG LARANG SEMASA PEKAHWINAN ORANG INDIA

      

Perkahwinan kaum India di Malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu Tamil tirumanam, eliyat tirumanam dan vaitiikat tirumanam. Terdapat banyak adat dan pantang larang perlu diikut oleh kaum India semasa perkahwinan.
Pantang larang semasa merisik adalah bakal pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika rombongan bakal pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang ikut serta kerana dianggap tidak sopan.

Selain itu, sebelum majlis perkahwinan berlangsung, kad jemputan perlu disediakan dan dibuat berdasarkan almanak Hindu tanpa kesilapan, jika terdapat kesilapan bermakna perkahwinan tersebut Akan tidak dapat dijalankan dengan lancar.

Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil, maka hanya sayur-sayuran boleh dihidangkan kepada para tetamu dan makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya daging lembu, kerana agama Hindu melarang makan daging lembu.

Kesimpulannya, pada zaman moden sekarang ramai kaum India juga terus mematuhi adat dan pantang larang yang diwarisi oleh nenek moyang kerana keadaan ini membuktikan tradisional budaya dan unik terhadap kaum India.

Pantang Larang Semasa Deepavali


Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut Hindu di seluruh dunia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan “Dipa” yang bererti cahaya dan perkataan “Gavali” yang bererti barisan. Perayaan ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November). Perayaan ini juga dikenali sebagai pesta cahaya. Cahaya bermaksud ‘harapan’, ‘kemenangan’ dan ‘kebahagian’.

Pada petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan malam bersama dengan pelbagai jenis makanan hidangan tradisi kaum India. Pada waktu malam pula diadakan upacara mesti memasang pelita oleh seluruh ahli keluarga. Pelita yang dipasang dipercayai bahawa kecerahan dapat mengatasi segala kejahatan. Terdapat juga upacara menyusun beras atau hampas kepala yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu. Upacara ini membawa maksud yang mendalam kepada semua penganut Hindu termasuk makluk kecil di dunia ini, misalnya semut sebagai tanda ucap selamat datang kepada para tetamu.

Pada pagi perayaan, seluruh ahli keluarga perlu bangun pagi sebelum matahari terbit untuk mandi dan membersihkan diri. Mereka perlu mandi dengan minyak bijan yang akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek. Mengikut kepercayaan kaum India, mandi minyak bijan diibarat mandi di Sungai Ganges untuk tujuan membersihkan diri dari segala kejahatan dan sifat dengki.

Selepas mandi, pakaian yang dipakai mestilah warna yang garang seperti merah, biru dan Oren. Mereka dilarang berpakai pakaian yang berwarna hitam atau putih yang lebih bermaksud kesedihan. Selepas itu barulah bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Upacara sembahyang dijalankan di kuil bagi mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

6.0 CARA MENGATASI MASALAH PERPECAHAN KAUM

1. Mengamalkan sikap perpaduan dalam perhubungan

Perpaduan merupakan isu yang boleh dilihat dari pelbagai dimensi. Peranannya merangkumi sistem nilai, psikologi, perasaan, sikap, pemikiran dan tingkah-laku setiap individu. Faktor agama pula bertindak sebagai pencorak dalam mengaplikasikan unsur-unsur tersebut dalam kehidupan masyarakat


2.   Mengamalkan toleransi dalam pergaulan.

Toleransi merupakan amalan dan persiapan masyarakat Malaysia untuk bersedia hidup bersama dalam keadaan aman damai. Toleransi dalam konteks bangsa dan agama bererti setiap ahli masyarakat berhak untuk menjalankan aktiviti kehidupan seharian, dan melaksanakan ajaran agama masing-masing serta mengamalkannya tanpa halangan. Semua penganut agama di sisi undang-undang Negara adalah sama.

3.   Menyemai pergaualan dengan persefahaman dan sifat hormat-menghormati

Masyarakat majmuk di Malaysia mempunyai pelbagai adat dan budaya yang tersendiri. Kepelbagaian adat dan budaya ini menjadikan Malaysia menjadi Negara yang istimewa sama ada dari aspek berpakaian, makanan, pantang –larang dan cara hidup serta amalan keagamaan. Oleh itu, bagi memastikan kepelbagaian ini dapat dilangsungkan dengan murni dan bebas, setiap kaum dan bangsa perlu kepada saling memahami keperluan masing-masing.

Persefahaman dalam masyarakat Malaysia yang terdiri dari berbilang bangsa dan agama ini adalah penting untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan kaum. Sensitiviti setiap agama dan bangsa perlu didedahkan agar masing-masing faham-memahami tuntutan agama masing-masing dan pantang larang adat kaum masing-masing. Pendedahan ini boleh dilakukan melalui sistem pendidikan, media dan berdialog mengikut batas-batas yang tertentu